Program Subsidi Upah Untuk Majikan Dilanjutkan Tiga Bulan Lagi

KUALA LUMPUR: Program subsidi upah akan dilanjutkan selama tiga bulan lagi dengan subsidi RM600 bagi setiap pekerja untuk semua majikan yang layak, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Program selama tiga bulan ini telah berjaya menyelamatkan lebih 2.2 juta pekerjaan dapat kita selamatkan.

“Memandangkan ekonomi telah pun dibuka secara berperingkat, subsidi upah ini akan ditetapkan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja bagi setiap syarikat.

“Bagi pekerja sektor pelancongan dan sektor-sektor yang dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), serta telah diarahkan untuk mengambil cuti tanpa gaji, majikan boleh memohon subsidi upah dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Sumber: RTM

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1667