Minuman Beralkohol, Kerajaan Negeri Hormati Hak Masyarakat Bukan Islam Di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menghormati hak masyarakat bukan Islam di negeri ini yang minum minuman beralkohol kerana ianya sebahagian daripada budaya mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata walaupun tiada larangan daripada kerajaan negeri untuk minum minuman beralkohol, namun mereka yang meminumnya perlulah mengawal diri dan bertanggungjawab bagi mengelak kejadian tidak diingini termasuk kemalangan jalan raya.

“Bagi saya, minum (minuman beralkohol) adalah sebahagian daripada budaya dan tradisi terutama ketika menyambut Kaamatan dan juga Gawai. Jika mereka mahu minum boleh, tetapi kita harus tahu peraturan di jalan raya, mesti ada kawalan bagi mengelak kemalangan yang membabitkan kehilangan nyawa.

“Ianya tidak mengapa jika mereka (Kerajaan Persekutuan) mahu menguruskannya…jadi saya serahkan kepada persekutuan jika mereka mahu mengkaji semula (undang-undang penjualan minuman beralkohol),” katanya, hari ini.- Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

8059