Operasi Mesin ATM Seperti Biasa Mulai Esok

PUTRAJAYA: Waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dihadkan sebelum ini dibenarkan beroperasi seperti biasa mulai esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ATM hanya dibenarkan beroperasi antara jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

“Kini, kerajaan memutuskan bahawa mesin ATM boleh beroperasi seperti biasa, kalau dulu ATM ditutup antara jam 10 hingga 11 malam tertakluk kepada bank, jadi sekarang kita benarkan waktu operasi itu.

“Ia bagi memudahkan orang ramai melakukan urusan. Bagaimanapun, penjarakan sosial perlu dipatuhi, perlu ada jarak satu meter ketika beratur untuk mengambil wang,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *