Covid-19: Tiada Kes Baharu Di Sabah Hari Ini, 8 Discaj Hospital

KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 aktif di Sabah mencatat penurunan iaitu sebanyak 26 kes berbanding 34, kelmarin.

Ini selepas lapan lagi pesakit jangkitan wabak itu di negeri ini telah sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 313.

Selain itu, tiada kes baharu dicatatkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 344 kes.

Statistik terbaharu itu dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi.

Sementara itu bagi kes Covid-19 aktif yang masih menerima rawatan di Sabah, sebanyak lapan daerah masih dikategori sebagai zon kuning iaitu Kota Kinabalu yang mencatat tujuh kes, Tawau (4), Lahad Datu (4), Kinabatangan (3), Tuaran (3), Semporna (3), Penampang (1), dan Ranau (1).

Lain-lain daerah pula kini dikategorikan sebagai zon hijau selepas tiada lagi kes aktif dicatatkan, setakat ini.

Dalam pada itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Kuala Lumpur yang mencatat sebanyak 1,997, Selangor (1,845), Negeri Sembilan (793), Johor (671), Sarawak (552) dan Pahang (345).- Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *