16 Individu & Salun Kecantikan Antara Dikompaun RM1,000 Langgar SOP PKPB Di Tawau

INGKAR SOP PKPB, 16 INDIVIDU TERMASUK EMPAT PEMILIK PREMIS DI KOMPAUN 1-RIBU RINGGIT

TAWAU; 28 MEI 2020 (Khamis) – 16 individu termasuk empat pemilik premis masing-masing dua restoran dan salun kecantikan dikompaun masing-masing 1-ribu ringgit di Tawau kerana ingkar mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kesemua mereka dikompaun kerana kesalahan Dibawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No. 6) 2020 Peraturan 3 Dalam Jadual Aktiviti Terlarang (Peraturan 2) Para 4 Aktiviti Perniagaan Yang Boleh Menyebabkan Ramai Orang Berhimpun.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas, kedua-dua salun kecantikan berkenaan dikesan beroperasi pada 21 Mei lepas sebelum empat individu termasuk dua pelanggan di premis terbabit dikompaun.

Katanya, kedua-dua premis yang terletak di Sabindo itu juga telah diarah tutup serta-merta kerana belum ada kebenaran membenarkannya untuk beroperasi ketika ini.

Sementara itu, 12 individu termasuk pelanggan restoran turut dikompaun berikutan kedua-dua premis di Jalan Hj Karim tidak patuh SOP seperti mengekalkan jarak 1 meter antara pelanggan, tidak menyediakan hand sanitizer serta memeriksa suhu badan pelanggan yang datang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Mengulas lanjut, ACP Peter berkata, kaedah penugasan PDRM Tawau sepanjang PKPB sentiasa diperhebat antaranya terus membuat Sekatan Jalan Raya (SJR) serta mewujudkan Pasukan Pemantau bersepadu dan Pasukan pemantau Khas di enam zon yang ditetapkan di daerah ini bagi memantau kawasan-kawasan tumpuan dan orang awam.

Beliau berkata, ia sudah tentu sebagai mesej kepada publik agar premis serta orang ramai sentiasa patuh akan SOP yang digariskan dalam PKPB ini.

ACP Peter berkata, Pasukan pemantau bersepadu terdiri daripada pelbagai anggota dari Pusat Kawalan Operasi bencana (PKOB) daerah antaranya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Angkatan pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

RTM difahamkan, dalam sehari, kira-kira 236 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguatkuasa ini akan bergerak bersama ke kawasan sekitar zon yang ditetapkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *