Dua Rumah Musnah Terbakar Di Kota Belud

KOTA BELUD: Dua buah rumah jenis tidak kekal musnah terbakar di Kampung Pinolobuh, di sini, pagi tadi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah mengesahkan pihak Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1 pagi.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud bergegas ke lokasi kejadian menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

“Operasi diketuai PPgB Muhammad Syazwan Latun (Ketua Balai) bersama lapan orang anggota,” kata jabatan itu.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi dapat dikawal pada pukul 2.43 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 2.57 pagi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1083