Covid-19: Tiada Kes Baharu Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU: Selepas beberapa hari mencatat kes baharu, Sabah, hari ini, kembali sifar kes jangkitan wabak itu dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 343 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes aktif di Sabah juga kekal dengan 33 kes selepas tiada kes sembuh baharu dicatatkan hari ini dengan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh dan discaj kekal seramai 305 orang.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau sebentar tadi.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,829, Kuala Lumpur (1,807), Negeri Sembilan (792), Johor (671), Sarawak (549) dan Pahang (344).- Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1286