Terkini: Gempa Bumi Kuat 5.3 Magnitud Gegarkan Filipina

Gempa bumi kuat bermagnitud 5.3 pada skala Richter dilapor melanda Mindanao, Filipina pada pukul 8.45 malam (waktu Malaysia).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 134km utara dari Kepulauan Talaud, Indonesia dengan kedalaman 98km.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

942