Covid-19: Tiada Kes Baharu Di Sabah Hari Ini, Satu Lagi Sembuh

KOTA KINABALU: Sabah hari ini sekali lagi tiada kes baharu Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 331 kes.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, turut menyaksikan seorang lagi pesakit telah sembuh.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negeri ini, setakat ini, ialah sebanyak 300 kes dan selepas mengambil kira bilangan pesakit yang telah sembuh dan yang telah meninggal dunia, jumlah kes Covid-19 aktif yang masih dirawat di Sabah ketika ini ialah sebanyak 26 kes, kurang satu berbanding semalam.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,644, Kuala Lumpur (1,566), Negeri Sembilan (776), Johor (668), Sarawak (544) dan Pahang (336). – Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *