Pasar Kim Fung & Pasar Elopura Kembali Beroperasi

Peniaga di Pasar Kim Fung dan Pasar Elopura mengamalkan SOP seperti disarankan KKM.

SANDAKAN: Pasar Kim Fung, Batu 4 dan Pasar Elopura, Batu 1 Setengah di sini telah kembali beroperasi dengan melaksanakan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun berkata, ia termasuk merekodkan nama serta nombor telefon setiap pelanggan yang datang ke gerai peniaga.

Peniaga di Pasar Kim Fung dan Pasar Elopura mengamalkan SOP seperti disarankan KKM.

Selain itu, katanya pemeriksaan bacaan suhu serta pemakaian pelitup muka juga adalah diwajibkan bagi peniaga dan juga pelanggan.

Katanya, penjarakan sosial iaitu sejauh 1 meter antara pelanggan dan 2 meter antara meja turut dilaksanakan oleh peniaga pasar.

“Setelah pelanggan selesai makan, pekerja akan memastikan meja dan kerusi dibersihkan dan disanitasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Calvin turut menyampaikan sumbangan beras kepada setiap peniaga di Pasar Kim Fung dan Pasar Elopura pada petang semalam.

Sumbangan itu merupakan pemberian peribadi beliau yang berbesar hati untuk membantu masyarakat termasuk peniaga dalam waktu yang sukar ini. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Peniaga di Pasar Kim Fung dan Pasar Elopura mengamalkan SOP seperti disarankan KKM.
623