Mukhriz Umum Lepas Jawatan MB Kedah Berkuatkuasa Serta Merta

ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa hari ini, selepas hilang majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Mukhriz pada sidang medianya di Wisma Darul Aman, turut mengumumkan peralihan kuasa kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Kedah serta kedudukan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) turut tergugur.

Katanya, beliau juga sudah memaklumkan melepaskan jawatan Menteri Besar kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi tadi.

976