Ejen Jualan Minuman Keras Ditemui Mati Di Sebuah Hotel Di KK

Sumber/Foto : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan mati di sebuah hotel dalam satu kejadian awal pagi, Jumaat lalu.

Mangsa, 35-tahun, sebelum itu telah berjumpa dengan lima rakannya pada 13-Mei sekitar pukul 9-malam dan telah menyewa bilik hotel berkenaan bagi tujuan perbincangan perniagaan sambil meminum minuman keras.

Sumber/Foto : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi wartawan RTM di Kota Kinabalu.

Menurut beliau, siasatan awal juga mendapati, pada keesokkan harinya, mangsa sempat keluar bekerja pada pukul 8-pagi yang mana mangsa juga merupakan ejen jualan minuman keras.

Tambahnya, pada 15-Mei sekitar pukul 3-pagi, mangsa dikatakan sepatutnya menghantar rakan-rakannya balik namun melihat mangsa yang tidur dalam keadaan mabuk menurut salah seorang rakannya, mereka kemudian tidak mengejutkan mangsa. Tambah rakan mangsa, mereka telah meminum minnuman keras bersama mangsa bermula 6-petang pada 14-Mei.

ACP Habibi memaklumkan, pada 15-Mei sekitar pukul 5-pagi, penjaga unit hotel berkenaan telah datang untuk bangunkan mangsa yang dalam keadaan terbaring namun tiada respon daripada mangsa.

Penjaga berkenaan kemudiannya memaklumkan pihak pengurusan dan pihak ambulan daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1. Pegawai perubatan yang bertugas telah mengesahkan mangsa meninggal dunia.

ACP Habibi memaklumkan, siasatan di tempat kejadian tidak mendapati sebarang tanda unsur jenayah yang berkaitan dengan kematian mangsa.

Mayat mangsa telah dirujuk ke unit Forensik HQE 1 untuk dapatkan pemeriksaan lanjut Covid -19 sebelum dijalankan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Kes diklasifikasi sebagai Kes Mati Mengejut (SDR).

Sumber: Berita RTM Sabah / Foto : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *