Kahwin Anak Tiri Sendiri

Balmasheva bersama suami baharu yang juga anak tirinya. Foto CEN/@marina_balmasheva

MOSCOW: Seorang Instafamous di Russia mencetuskan kontroversi apabila mengahwini lelaki berusia 20 tahun yang juga ‘bekas’ anak tirinya.

Marina Balmasheva, 35, juga dikecam selepas memuat naik gambar lama keluarga ketika suaminya itu hanya berusia tujuh tahun 13 tahun lalu.

Ketika itu, dia masih berkahwin dengan bapa lelaki berkenaan, Alexey, 45.

Balmasheva dari wilayah Krasnodar Krai di barat Russia bagaimanapun bercerai dengan lelaki terbabit dua tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.

Portal 7news melaporkan lelaki baharu dalam hidupnya adalah anak bekas suaminya, Vladimir.

Dalam hantaran di Instagram, Balmasheva berkongsi gambarnya di sebelah Vladimir yang ketika itu berusia tujuh tahun dan foto terkini mereka.

Gambar ketika Balmasheva bergelar ibu tiri dan isteri. Foto CEN/@marina_balmasheva

Menerusi kapsyen itu, Balmasheva mengatakan dia gembira dengan kehidupan sekarang walaupun ramai orang menghakimi mereka.

“Anda tidak pernah tahu saat kehidupan berubah dan detik anda bertemu dengan orang yang membuat anda tersenyum.

“Saya tahu ada yang menghakimi atau menyokong kami, tetapi kami gembira dan berharap anda juga begitu,” tulisnya.

Satu laporan mendakwa, biarpun berpisah dengan Alexey, Balmasheva mengambil lima anak lelaki itu sebagai anak angkatnya, tetapi tidak termasuk Vladimir.

Jika mereka berkahwin, wanita itu bukan saja bergelar ibu tiri, malah pada masa sama kakak ipar kepada kanak-kanak berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *