PBRS Kekal Komponen BN

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kekal sebagai komponen di dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak pernah keluar daripada gabungan itu.

Perkara itu dinyatakan presidennya Tan Sri Joseph Kurup ketika mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Selasa lalu.

Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata, wujud kekeliruan sebelum ini kerana ada pengumuman bahawa PBRS memilih untuk tidak berada di dalam BN.

Katanya, pengesahan itu dibuat di dalam Dewan Tertinggi bahawa PBRS tidak pernah keluar dari BN.

“Seperti mana yang kita tahu pelbagai peristiwa politik termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) termasuk bagi sokongan kepada Perdana Menteri, PBRS sentiasa bersama BN.

“Untuk elakkan kekeliruan berterusan, mesyuarat dua hari lalu, presiden PBRS sendiri hadir mesyuarat Dewan Tertinggi BN, bermakna masih kekal bersama BN. Sekarang BN terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan PBRS,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, hari ini.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

976