Pelajar Di Tawau Antara 3 Individu Dikesan Ingkar Perintah Kuarantin Di Rumah

Foto BESTAWAUfm

TAWAU; 13 MEI 2020 (Rabu) – Seorang pelajar di daerah Tawau dikesan antara tiga individu yang didapati telah ingkar Perintah ‘Home Quarantine’.

Perkara tersebut didedahkan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi melalui kenyataan medianya yang dikeluarkan malam tadi.

Katanya, Dua lagi individu turut dikesan ingkar perintah menjalani kuarantin di rumah merupakan orang awam masing-masing di daerah Sandakan dan Penampang.

Kesemua individu tersebut didapati ingkar hasil daripada pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatian ‘Home Quarantine’ dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Beliau menegaskan, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan keatas mana-mana individu yang ingkar perintah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat satu kes positif terbaharu yang dicatatkan di Sabah semalam iaitu merupakan seorang pelajar yang disaring dan diambil sampel berdasarkan SOP Pengurusan Pergerakan Pelajar Negeri Sabah.

Dianggarkan 7 ribu pelajar bergerak balik ke Sabah dari Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak ke tempat asal masing-masing. Ini bermakna pergerakan besar-besaran pelajar yang turut melibatkan zon merah ke zon kuning dan hijau.

Setakat ini, Sabah mencatat 328 kes keseluruhan.

SumbeR: BESTAWAUfm

7749