Hanya 16 Kes Positif Baharu Hari Ini, Paling Rendah Sejak Pelaksanaan PKP

PUTRAJAYA: Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 12 Mei 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 16 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 6,742.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

KKM juga mengenalpasti bahawa daripada 16 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 3 kes adalah kes import dan 13 kes penularan tempatan. KKM melaporkan bahawa daripada jumlah positif terdapat 9 kes adalah daripada bukan warganegara Malaysia.

SumbeR: Sidang Media KKM

1082