Rentas Negeri Selepas 10 Mei Perlu Kebenaran Polis

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA: Orang ramai yang ingin merentas negeri selepas 10 Mei perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rentas negeri itu pula hanya untuk kes kecemasan seperti kematian dan sebagainya.

Beliau berkata, sebelum ini, kerajaan hanya memberi kebenaran perjalanan merentas negeri selama empat hari bermula 7 hingga 10 Mei, bagi mereka yang terkandas di kampung susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selepas 10 Mei, kita akan kembali kepada prosedur standard operasi (SOP) yang sudah ditetapkan dan mereka perlu mendapatkan kebenaran pihak polis.

“Hanya kes kecemasan dibenarkan yang lain tidak boleh. Rentas negeri juga hanya membabitkan perjalanan sehala,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, hari ini sebanyak 70,538 kebenaran dikeluarkan membabitkan perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan.

“Esok sebanyak 54151 kebenaran dikeluarkan oleh polis membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

“Sementara, pada 10 Mei, sebanyak 77,836 kebenaran dikeluarkan membabitkan Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *