Liew Vui Keong Dedah Semua Usul Dikemukakan Kepada Speaker

Vui Keong mendedahkan usulnya iaitu menangguhkan sidang dewan 18 Mei ini dengan empat sebab.

SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong mendedahkan empat usul dikemukakan tiga Ahli Parlimen kepada Dewan Rakyat.

Vui Keong berkata, tiga ahli Parlimen mengemukakan usul berkenaan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beliau sendiri.

Menurutnya, Tun Mahathir memfailkan dua usul dan yang pertama adalah usul mengekalkan Tan Sri Ariff Yusoff sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Kedua, usul bahawa Yang Berhormat (YB) Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat Dibawah PM 26(1) dibaca bersama PM 27(3) dalam Peraturan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.”Namun, setakat ini tidak tahu apa keputusan Tan Sri Speaker dalam perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, Mohd Shafie pula telah memfailkan satu usul bahawa Tun Mahathir mempunyai keyakinan majoriti di bawah Peraturan Mesyurat 26(1) dan dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) dalam Peraturan Peraturan 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Sesungguhnya usul yang dikemukakan oleh YB Semporna (Mohd Shafie) adalah mengikut apa yang telah dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat mahupun Perlembagaan Persekutuan.

“Seharusnya semua pihak jangan hanya terus membuat andaian yang kononnya YB Semporna tidak menghormati keputusan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Vui Keong mendedahkan usulnya iaitu menangguhkan sidang dewan 18 Mei ini dengan empat sebab.

“Pertama, ada resolusi YB Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti. Kedua, ada resolusi YB Langkawi mempunyai majoriti.

“Ketiganya, Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang dijadualkan selama satu (1) hari melalui Notis Mesyuarat bertarikh 17 April 2020 oleh pihak Setiausaha Dewan Rakyat adalah bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Sebab terakhir, tidak munasabah ahli Parlimen ke Sabah pergi ke sana untuk bersidang sehari sahaja,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menrerima balasan daripada Speaker dan menyatakan tidak perlu disegerakan bagi sebab pertama dan kedua yang beliau nyatakan.

Tambahnya, mengenai sebab ketiga dan keempat pula, Speaker menyatakan ia mematuhi peraturan. – Astro Awani

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1229