Lelaki Bawa 6 PATI Ikut ‘Laluan Tikus’ Ditahan

Kendraa yang digunakan membawa 6 PATI tersebut.

BELURAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam warga Filipina yang dipercayai menyeludup masuk ke negeri ini di Jalan Monsok, dekat sini, pagi tadi.

Tangkapan itu dibuat PGA Batalion 20 Beluran susulan penahanan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melalui jalan itu, pada jam 9.50 pagi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 20 Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata sepasukan anggota diketuai Sarjan Mazlan Selamat melakukan pemantauan Ops Covid Shield 19 di kawasan terbabit yang biasanya dijadikan laluan tikus, sebelum menahan kenderaan berkenaan yang berada dalam keadaan mencurigakan.

6 PATI Ikut ‘Laluan Tikus’ Ditahan

“Enam penumpang yang diperiksa gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, manakala pemandu kenderaan yang membawa mereka tidak mempunyai lesen memandu.

“Penumpang yang ditahan berusia antara 19 hingga 34 tahun, manakala pemandu berumur lingkungan 30-an dan adalah pemastautin tetap,” katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk siasatan lanjut. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2632