Bengkel Kenderaan Di Sabah Boleh Beroperasi Esok

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah membenarkan bengkel kenderaan beroperasi mulai esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai masyarakat menghadapi masalah kerosakan kenderaan.

“Justeru itu, bermula esok, bengkel kenderaan boleh boleh dibuka.

“Namun penjarakan sosial serta amalan lain perlu dilaksanakan di bengkel berkenaan. Ia perlu beroperasi dalam keadaan terkawal,” katanya kepada wartawan selepas melawat Ladang dan Kilang Padi Terusan Sapi, di Beluran, hari ini.

Mohd Shafie berkata, pihaknya akan meminta pihak berkaitan melakukan rondaan ke bengkel kenderaan dalam memastikan penjarakan sosial dipraktikkan.

Mengulas berkaitan kebenaran empat individu dalam sesebuah kenderaan ketika PKP, beliau berkata pihaknya membenarkan perkara itu dan hanya untuk hal penting seperti bekerja.

“Pihak kami tahu tidak semua orang ada kenderaan, jadi kita benarkan empat orang dalam satu kereta sebagai contohnya jika ingin pergi kerja.

“Tetapi bukan untuk berjalan-jalan tanpa urusan penting. Hal itu tidak dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, bekalan beras di Sabah mencukupi.

“Bekalan beras kita masih boleh bertahan sehingga lima bulan lagi,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *