Pelaksanaan PKPB Di Sabah Perlu Persediaan Demi Kebaikan, Bukan Semborono

KOTA KINABALU: Keputusan membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mestilah teliti agar berjalan lancar bukannya secara semberono.

Sehubungan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, persediaan rapi perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum kebenaran beroperasi diberikan selepas 12 Mei depan.

Katanya, persediaan perlu untuk memastikan bagaimana kawalan dilakukan bagi industri tertentu untuk mencegah penularan Covid-19 serta apa bantuan yang dapat disediakan kerajaan kepada perniagaan yang bankrap akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Itu yang saya kata kerjasama jangan hanya putuskan dasar dan kamu mesti buat begini ikut kami, itu bukan cara melakukannya kita menguruskan negara kita menguruskan nyawa manusia ada persediaan dia, tengok macam mana ada syarikat yang sudah bankrap mcam mana mahu bantuan mereka.

“Adakah kita membantu mereka atau tidak, apa jenis insentif yang ada saya kena umumkan mungkin ada cukai negeri yang perlu kita longgarkan ini perlu persediaan bukan hari itu nanti kita buka, lepas itu semuanya nanti bila bermasalah orang salahkan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet Sabah hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan penyerahan cek cura oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah bagi pembayaran dividen peneroka sebanyak lebih RM1 juta dan bantuan bekalan makanan kepada yang terkesan akibat PKP sebanyak RM112,000.

Mohd. Shafie berkata, mesyuarat berkenaan membincangkan tentang langkah pencegahan yang akan diambil pihak berkuasa mengikut jenis perindustiran yang akan diberi kebenaran beroperasi nanti.

Tegas beliau, ekonomi yang dibenarkan beroperasi perlu disokong dengan sistem yang baik jika tidak tiada gunanya kebenaran diberikan.

“Contoh bagi sektor pelancongan, macam mana kita mahu buka sistem hotel industri perkhidmatan yang ada tetapi sebahagian sudah dibuka, pegawai-peagwai kerajaan bermesyuaray dari Kota Kinabalu ke Tawau dari Sandakan ke Kota Kinabalu tetapi cuma satu penerbangan sahaja yang ada itu pun berpusing dari Kota Kinabalu, Lahad Datu baru sampai Tawau.

“Penerbangan satu dua sahaja jadi kita kena berhubung dengan Malaysia Airlines, MasWing boleh tambah penerbangan ini untuk membolehkan sebab itulah kita perlukan masa.

“Kalau hari ini kita umum semua penerbangan ada itu lain cerita, sistem masih belum ada lagi di situ kita minta semua kedai buka mana ada buka lagi kita perlu ada persediaan beritahu mereka awal supaya bekalan ada nanti buka kedai tiada apa perlu jual,” tegas beliau. – BorneoToday

1635