Kuasa Polis Benarkan Empat Orang Dalam Satu Kenderaan – Shafie

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata polis mempunyai kuasa memberi kebenaran empat orang berada dalam satu kenderaan seperti yang diumumkan Polis Sabah hari ini.

Ketua Menteri berkata, kawalan ketat bagaimanapun perlu bagi mana-mana kawasan yang sebelum ini merupakan zon merah akibat jangkitan Covid-19z

“Namun saya telah mengarahkan agar pihak polis memperketatkan kawalan di kawasan yang mempunyai rekod kawasan zon merah,” katanya.

Mengenai pelajar Sabah yang terkandas di universiti masing-masing di Semenanjung dan Sarawak ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mohd Shafie berkata kira-kira 11,000 pelajar yang belum kembali ke Sabah.

“Kita perlu persediaan untuk membawa balik kesemua pelajar berkenaan. Kita membawa mereka balik mengikut keupayaan kita. Kerana ada sesetangah tempat pelajar berkenaan perlu dikuarantin dan Sabah tiada kemampuan untuk menyediakan pusat kuarantin yang banyak.

“Oleh sebah itu kita juga melihat beberapa cara bagaimana untuk mambawa balik pelajar berkenaan. Mengikut perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi mereka mahukan pelajar yang dihantar balik ke Sabah adalah sama jumlah dengan pelajar di Sabah yang akan balik ke Semenanjung,” katanya. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *