TAWAU; 05 MEI 2020 (Selasa) – Seramai 141 pelajar yang baharu balik dari Semenanjung dan tiba di Tawau diarah menjalani kuarantin di rumah keluarga masing-masing setakat semalam.
Pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran berkata, kesemua mereka disaring di Lapangan Terbang Tawau (LTT) terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang.
Katanya, dianggarkan dua kapal tentera lagi yang membawa pelajar-pelajar akan mendarat malam ini di LTT dan mereka turut akan disaring dan di kuarantin di kediaman keluarga masing-masing.
Sementara itu, Dr Navindran menjelaskan, perkembangan COVID-19 19 di Tawau ketika ini adalah terkawal dan tiada kes baharu di rekodkan sehingga petang kelmarin.
Jelasnya, ketika ini hanya kumpulan yang baru balik dari Indonesia pada dua minggu lalu iaitu kira-kira 20 individu yang masih dikuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung dan kesemua mereka negative pada saringan pertama dan kini sedang menunggu keputusan saringan kedua sebelum di benarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurutnya, Pusat kuarantin di IPG itu akan dikosongkan selepas mereka yang dikuarantin dibenarkan pulang.
SumbeR: BESTAWAUfm