Polis Kawal PKP Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Anggota polis maut dirempuh dalam sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Selangor.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut dirempuh dan dihempap sebuah pacuan empat roda ketika sedang bertugas dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 3 pagi tadi, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang juga anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dirempuh berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan,

Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Selangor.

Kemalangan menyebabkan mangsa berusia 31 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak maut serta merta di lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa dirempuh pacuan empat roda model Toyota Hilux dipandu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dipercayai dalam keadaan mabuk.

Mangsa dihempap oleh kenderaan itu dan mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Susulan itu mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Suspek turut mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital sama. – Harian Metro

2999