‘Runner’ Disamun, Hasil Jualan & Telefon Bimbit Dilarikan

Keadaan ‘Runner’ selepas disamun (kiri), & lokasi kejadian. (kanan)

LAHAD DATU; 2 MEI 2020 (Sabtu) – Seorang ‘Runner’ kerugian wang tunai 245-ringgit dan hilang telefon bimbit serta pelbagai dokumen peribadi selepas menjadi mangsa samun dalam kejadian di Bulatan Segama, Lahad Datu, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, lelaki berumur 20 tahun berkenaan sedang dalam perjalanan dari kediamannya di Kampung Cocos menggunakan motosikal hendak ke bandar Tabanak Batu 1, bagi menghantar air tebu kepada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, semasa dalam perjalanan, mangsa terserempak dua lelaki dengan sebuah motosikal di tepi jalan.

Beliau berkata, mangsa kemudian singgah membantu selepas dimaklumkan motosikal dinaiki dua lelaki terbabit mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, sebaik membantu kedua-dua suspek, seorang suspek meminjam telefon mangsa untuk menghubungi rakannya sebelum seorang lagi suspek meragut beg sandang yang dipakai mangsa.

Menurut ACP Nasri, kedua-dua suspek kini giat diburu untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

SumbeR: BESTAWAUfm

3262