TERKINI: 69 Kes Positif Baharu, 39 Pesakit Sembuh & Satu Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 69 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 6,071 kes setakat Jumaat (1 Mei 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada 69 kes, 12 kes adalah kes import dan selebihnya adalah kes jangkitan tempatan.

Jumlah kes pulih dan dibenarkan discaj Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 39 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 4,210 kes bersamaan dengan 69.35%.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10156997401911237/?type=3

SumbeR: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *