PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa restoran boleh dibuka semua bermula 4 Mei ini.
Menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, beliau memaklumkan bahawa peniaga restoran dibenarkan untuk membuka restoran mulai Isnin depan.
“Mulai 4 hari bulan Mei ini, iaitu hari Isnin minggu depan, Pak Saleh yang saya sebutkan dalam ucapan saya yang terdahulu, boleh buka semula restoran yang ditutup,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa setiap restoran perlulah mengikuti setiap SOP yang dikeluarkan kerajaan bagi mengekalkan amalan penjarakan sosial yang diterapkan.
Restoran boleh dibuka mulai 4 Mei dengan mengamalkan penjarakan sosial – PM @MuhyiddinYassin #PerintahKawalanPergerakan #COVID19 #penjarakansosial pic.twitter.com/OQI7wkVzLz
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 1, 2020
“Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain.
Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.
Antara ringkasan SOP yang perlu dituruti seperti yang digambarkan oleh Perdana Menteri melalui contoh Pak Salleh adalah seperti berikut:
- Letak notis di setiap meja untuk bilangan pelanggan
- Buatkan garisan di lantai depan kaunter pembayaran
- Sediakan ‘hand sanitizer’ di kaunter pembayaran
- Beli penyembur pembersih dengan mencukupi
- Beli facemask untuk pekerja
- Periksa suhu badan pelanggan
- Catat nama, nombor telefon dan tarikh pelanggan
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri juga menyatakan bahawa sekiranya berasa masih was-was, adalah lebih baik untuk tidak makan di kedai dan hanya membungkus makanan.
Kalau semua dah buat begini, pelanggan-pelanggan boleh datang makan di restoran atau beli makanan dengan rasa selamat. Jika masih was-was, bungkus sajalah. Tak perlu makan di restoran. Ini mungkin lebih baik.
SumbeR: BERNAMA