Operasi Restoran Di Sabah Kekal, Hanya Untuk ‘Tapau’ Sahaja Sepanjang Ramadan

KOTA KINABALU: Operasi restoran tidak ditutup pada sebelah pagi mahupun dilanjutkan waktu operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan fasa keempat (PKP 4).

Demikian kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie mengenai tempoh operasi bagi restoran sepanjang bulan Ramadan dan PKP 4.

Beliau berkata, restoran hanya dibuka bagi tujuan beli & bawa balik (take away) sahaja dan mana-mana restoran juga boleh beroperasi secara online.

“Kita tidak hentikan mereka namun, kita galakkan take away kerana kita tahu mereka juga memerlukan kewangan.

“Atas sebab itu kerajaan negeri memastikan mereka ini diberikan bantuan kerana kita tahu ini bukan musimnya mreka mendapat hasil seperti biasa.

“Kita faham keadaan ini membebankan mereka sebab itu kita galakkan mereka menggunakan sistem online,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Kunjungan Hormat Delegasi Pakar Perubatan China,  di sini semalam.

Tambahnya, dalam mengalakkan peniaga restoran berniaga secara online, kerajaan melalui Pusat Arahan Covid-19 Sabah telah memutuskan membuka kedai elektronik bagi membolehkan pengguna membeli telefon pintar mahupun komputer. – BorneoToday

1268