4 Lot Kedai Runcit Musnah Terbakar Di Semporna

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman dan pemeriksaan untuk memastikan keadaan lokasi selamat.

SEMPORNA: Empat lot kedai runcit musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pinang Kalumpang, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerusi kenyataan media memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.11 pagi.

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman dan pemeriksaan untuk memastikan keadaan lokasi selamat.

“Sepasukan 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, anggota bertugas melakukan pemadaman api di lokasi kejadian membabitkan satu blok bangunan mempunyai lima pintu,” katanya.

Empat daripada lot kedai itu musnah sepenuhnya manakala satu lagi berjaya diselamatkan.

Tambahnya operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.22 pagi tadi

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Selain itu, kami masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa ekoran kebakaran tersebut,” katanya.

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman dan pemeriksaan untuk memastikan keadaan lokasi selamat.
1077