KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan kedai elektronik dan elektrik beroperasi pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, masa operasi yang dibenarkan ialah pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.
“Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan mengenal pasti kedai yang dibenarkan beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Katanya, kedai baja dan kimia turut dibenarkan beroperasi pada hari dan waktu yang sama bagi memenuhi keperluan tempatan.
Menurut beliau, kementerian sama akan turut menentukan mana-mana kedai yang dibenarkan beroperasi.