COVID-19 Amerika Syarikat Catat 2,494 Kematian Dalam 24 Jam Lalu

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 2,494 lagi kematian COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, mengikut angka dilaporkan semalam oleh Universiti Johns Hopkins.

AS kini merekodkan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 53,511 dengan 936,293 jangkitan, mengikut statistik yang dikeluarkan pada jam 8.30 malam semalam.

AS negara yang paling teruk terjejas akibat wabak global ini bagi kes jangkitan dan kematian.

Jumlah kematian itu melonjak selepas sehari sebelumnya, iaitu pada Jumaat

Tiga minggu sebelum ini, AS mencatatkan jumlah kematian akibat COVID-19 yang terendah, iaitu 1,258 kes. – AFP

775