Amaran Ribut Petir Sehingga 10 Malam

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 10 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri yang dijangka terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan.

Kawasan lain yang diramal turut terbabit ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin di Pahang; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak; Sandakan (Tongod) dan Pedalaman Sabah (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort). – BERNAMA

1191