‘Puasa Penuh, Baru Dapat Telefon’ – Stacy

Stacy (dua, kanan) bersama keluarganya. Gamabr Stacy

Penyanyi, Stacy berkongsi gelagat anaknya, Bella Deluna yang kini berusia lapan tahun yang berpuasa penuh semalam.

Stacy, 30, atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam berkata, dia bersyukur apabila pendekatan yang digunakan berjaya.

“Alhamdulillah, ini pertama kali dia berpuasa penuh. Sebab saya ‘ugut’ tidak mahu berikan telefon ketika cuti sekolah jika tidak berpuasa penuh.

“Saya tengok dia relak saja. Walaupun banyak kali juga dia bertanya sudah jam berapa. Apa yang kelakar dia siap cakap boleh pengsan. Malah, dia juga hampir buka awal. Tapi, dia lari masuk dalam bilik sebab takut terbatal puasa,” katanya kepada Harian Metro.

Stacy yang muncul dengan single Aku Kau Dan Muzik duet bersama suaminya, Akim Ahmad berkata, Bella juga bersemangat untuk berpuasa penuh.

“Dia semangat sebab nak berlawan dengan rakan di sekolah. Dia pun tidak mahu kalah,” katanya.

Ditanya adakah dia menjanjikan hadiah tertentu jika anaknya dapat berpuasa penuh, Stacy berkata tidak mahu berbuat sedemikian.

“Saya tidak boleh berjanji bukan-bukan. Sebab dia akan bertanya banyak kali.

” Jadi, apa saya buat adalah dengan memberikan telefon pada hujung minggu,” katanya.

Menerusi Instagram Story hari ini, Stacy turut memuat naik gelagat Bella ketika bersahur.

Video itu memaparkan Bella yang duduk di meja makan masih dalam keadaan mengantuk.

Kedengaran suara Stacy yang memintanya untuk makan.

SumbeR: Harian Metro

2033