Kematian Terbaru COVID-19 Ada Sejarah Penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi & Buah Pinggang

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dukacitanya melaporkan terdapat satu lagi kes kematian COVID-19 baharu dilaporkan, menjadikan angka kematian keseluruhan kini berjumlah 96 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut adalah bersamaan 1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kematian ini melibatkan kes ke-2,978, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

“Beliau mempunyai sejarah kontak dengan kes ke-1,345 yang ada sejarah pulang dari Indonesia.

“Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 31 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada 24 April (hari ini),” kataya dalam Sidang Media Harian COVID-19 secara langsung, hari ini.

SumbeR: KKM

751