Ramadan Tahun Ini Adalah Saat Emas Bersama Keluarga – Menteri Agama

PUTRAJAYA: “Ramadan ini Ramadan kita, kitalah yang mencorakkannya,” pesan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Jelas beliau, sambutan Ramadan pada kali ini sungguh agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Ditambah pula dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, maka setiap ahli keluarga perlu mengambil peluang untuk melaksanakan ibadah Ramadan bersama-sama.

“Walaupun hal yang saya sebutkan ini adalah hal yang amat mudah dan remeh-temeh, tetapi percayalah satu hari nanti. anda akan menitiskan air mata bila mengenangkan saat emas bersama keluarga masing-masing dalam tempoh sebegini.

“Bagi yang jauh daripada keluarga, usah jadikan PKP ini satu halangan.

“Eratkan ukhwah melalui sidang video bersama insan tersayang,” katanya dalam Perutusan Khas Menteri Agama secara langsung pada hari ini.

Sumber: RTM, SiakapKeli

508