Dua Kematian & 71 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 71 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 5,603 kes setakat Rabu (23 April 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada jumlah tersebut, 42 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 21 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat dua kes kematian baru direkodkan sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 95 kes.

SumbeR: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *