Covid-19: Lima Pesakit Pulih Di Sandakan, Kinabatangan Didapati Positif

KOTA KINABALU: Lima kes pesakit Covid-19 yang dilaporkan telah pulih di Sandakan dan Kinabatangan sebelum ini didapati positif dalam ujian sampel susulan.

Bilangan kes pulih di kedua-dua daerah itu didapati berkurang berbanding dua hari lalu berikutan sampel susulan kesemua pesakit itu didapati positif.

Pada 18 April, kes pulih yang dilaporkan di Sandakan adalah seramai 19 orang dan Kinabatangan seramai 16 orang. Setakat semalam, bilangan kes pulih yang dicatatkan di Sandakan adalah 17 kes dan Kinabatangan dengan 13 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr  Christina Rundi berkata, kesemua pesakit itu telah tamat rawatan dihospital dan dilaporkan sebagai sembuh apabila dua sampel mereka sudah negatif. Namn, sampel susulan didapati positif

“Oleh itu, rawatan terhadap kesemua pesakit yang didapati positif dalam ujian sampel susulan itu perlu diteruskan bagi memastikan mereka pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mengenai kes pulih yang dilaporkan di Tambunan, kedua-dua kes Tambunan telah pulih sejak 19 April namun, laporan hanya dikemaskini semalam.

Mengenai kes Covid-19 di Sabah, semalam hanya dua kes positif baharu dilaporkan dan ia menjadikan jumlah kes di Sabah adalah sebanyak 308 kes.

Katanya, satu kes baharu yang dilaporkan di Ranau semalam masih disiasat kerana dua kes yang dilaporkan di Ranau sebelum ini merupakan kes sporadik, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitan.

Untuk kes baharu di Tuaran, punca jangkitan bagi kes ini juga masih dalam siasatan. – BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *