Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan hujan meteor yang dinamakan meteor Lyrid pada hari Selasa (hari ini). Persembahan meteor tersebut akan berlaku pada masa yang sama dengan anak bulan.
Pertunjukan meteor tersebut akan mencapai kemuncaknya pada hari Selasa, 21 April dengan 10 hingga 15 meteor sejam dan waktu terbaik untuk melihatnya adalah antara waktu tengah malam dan Subuh.
Walaupun persembahannya agak tenang, ianya adalah hujan meteor pertama sejak awal Januari. Menurut EarthSky, Lyrid mendapat namanya dari buruj Lyra. Hujan Meteor Lyrid adalah salah satu yang tertua yang diketahui, dengan catatan meteor yang dapat dilihat sejak 2,700 tahun.
Menurut DailyMail, untuk mendapatkan pemandangan terbaik, anda perlu mencari kawasan langit gelap tidak kira di mana sahaja semasa malam puncak pada hari Selasa hingga Rabu. Anda juga perlu berada di kawasan yang kurang pencahayaan lampu dengan langit yang cerah serta perlindungan awan yang minimum.
Walaupun teleskop dapat membantu, meteor tersebut boleh dilihat dengan mata kasar.
Untuk mengetahui di mana lokasi meteor Lyrid akan lalu, orang ramai boleh menggunakan bintang paling terang di buruj Lyra untuk mencari apa yang disebut oleh para astronomi sebagai ‘berseri.’
Anda juga boleh melayari website ini untuk menentukan kedudukan arah mana yang terbaik untuk menyaksikan meteor ini.
Sumber: DailyMail, EarthSky, SiakapKeli