TERKINI: Farit Ismeth Meninggal Dunia

SHAH ALAM: Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farid Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin di Shah Alam, Selangor.

Berita tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah beliau tentu akan dirindui,” katanya.

Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata.

#Al_Fatihah

16882