Sembilan Premis Di Sandakan Diarah Tutup Kerana Ingkar Arahan PKP

KOTA KINABALU, 20 April: Sebanyak sembilan premis di Sandakan diarahkan tutup kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi.

Beliau berkata kesemua premis berkenaan adalah antara 946 premis yang diperiksa dalam operasi bersepadu diketuai oleh Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) JKNS di seluruh negeri Sabah.

“Premis berkenaan adalah tiga kedai serbaneka, tiga kedai runcit dan masing-masing satu kilang, bengkel, serta kedai makan. Arahan penutupan premis berkenaan telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Sandakan.

“Pihak JKNS telah mengeluarkan amaran sebanyak dua kali tetapi premis berkenaan masih tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan, sebelum diarahkan tutup,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata antara yang turut serta dalam operasi bersepadu itu adalah polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan dengan kekuatan seramai 165 anggota di seluruh Sabah.

BERNAMA

1763