Sebanyak 11 Kes Di Keningau Dari Kluster Anggota Kesihatan Hospital Keningau

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 daripada 16 kes Covid-19 yang dilaporkan di Keningau terdiri daripada kluster anggota kesihatan Hospital Keningau.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, lima kes selebihnya merupakan jangkitan generasi pertama yang terdiri daripada ahli keluarga yang duduk serumah dengan anggota kesihatan.

Christina Rundi

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati punca jangkitan kes adalah dari luar daerah dan kemudiannya menjangkiti beberapa kontak sekerja.   

Katanya, siasatan juga mendapati, seperti di Hospital Wanita Kanak-kanak Sabah (HWKKS), tiada berlaku jangkitan silang kepada pesakit.

“Ia kerana semua anggota kesihatan menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) semasa bertugas.

“Saringan ke atas semua anggota kesihatan yang terlibat termasuk kontak terdekat juga telah dilaksanakan dan semua yang terlibat telah dikuarantin di Pusat Kuarantin yang telah diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Christina berkata, beberapa perubahan juga telah dibuat bagi memastikan perkhidmatan hospital beroperasi seperti biasa.

Oleh, orang awam tidak perlu bimbang dan boleh mendapatkan rawatan seperti biasa jika perlu. – BorneoToday

1556