Juhar Yakin Kerajaan Sabah Mampu Pulih Ekonomi Negeri

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meletakkan keyakinan ekonomi Sabah dan perniagaan yang terjejas akan dapat dipulihkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi Sabah untuk merangsang pertumbuhan dan mengukuhkan lagi daya tahan ekonomi negeri selepas ini.

Katanya, bantuan kepada para peabur dan komuniti perniagaan perlu dilaksanakan agar mereka yakin untuk meneruskan perniagaan masing-masing.

“Objektif utama pakej kedua ini adalah untuk menyuntik keyainan para pelabur dan komuniti perniagaan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri sebaik sahaja tempoh PKP ini berakhir.

“Kerajaan perlu membantu para pelabur dan komuniti perniagaan bukan sahaja dalam usaha pemulihan tetapi juga untuk memastikan perkembangan dan kesinambungan hala tuju perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-15 hari ini.

SumbeR: BorneoToday

465