Junz Bentang Laporan Berkenaan RM698,662.70 Diguna Untuk Bantuan COVID-19

Junz menunjukkan laporan perbelanjaan untuk bantuan COVID-19.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru Datuk Junz Wong membentangkan laporan berkenaan perbelanjaan untuk bantuan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebanyak RM698,662.70 telah dibelanjakan untuk pelbagai bantuan pada empat minggu pertama PKP bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020.

“Jumlah ini telah digunakan untuk membeli, membungkus dan menghantar pintu ke pintu 13,624 pek makanan, 31,000 topeng muka dan 300 cecair nyah kuman,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas perpecahan angka itu, Junz yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata, sejumlah 11,100 pek makanan telah diagihkan kepada penduduk di Tanjung Aru serta 2,524 pek makanan lagi telah dihantar ke daerah-daerah lain yang memerlukan bantuan.

“11,100 pek telah diagih kepada penduduk di Tanjung Aru yang meliputi kawasan Sembulan, sebahagian Putatan dan Pulau Gaya. Saya ingin pastikan setiap rumah di kawasan saya menerima bantuan. Sebab itu dalam masa beberapa minggu yang lalu, nombor telefon wakil-wakil kawasan masing-masing dikongsi melalui laman Facebook saya serta beberapa laman akhbar dan media yang lain.

“Susulan permintaan luas, saya juga berpeluang memanjangkan bantuan sebanyak 2,524 pek ke kawasan-kawasan lain seperti Tuaran (900 pek), Beaufort (877 pek), Kimanis (705 pek) dan Keningau (42 pek),” katanya.

Beliau berkata harapannya adalah untuk melihat lebih ramai tampil ke depan membantu satu sama lain, khususnya di masa PKP.

“Lanjutan PKP telah memberi kesan kepada semua. Ini cabaran kita untuk semua. Saya harap anak-anak Sabah boleh terus tampil ke depan membantu satu sama lain,” katanya.

SumbeR: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *