KUNAK: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.6 skala Ritcher dilaporkan berlaku di perairan Kunak, di sini, pukul 4.04 pagi tadi.
Menurut Jabatan Mateorologi Malaysia, kejadian berlaku pada koordinat 4.8° Utara dan 118.6° Timur, 35 kilometer Timur dari Kunak.
“Selain Kunak, gegaran mungkin dapat dirasai di dua daerah berhampiran iaitu Lahad Datu dan Semporna.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan ekoran kejadian itu,” katanya