Polis Nafi Gambar Tular 800 Kena Saman RM1,000 Berbaris Di Luar Balai Polis Sandakan

 Orang ramai berbaris di luar Balai Polis Sandakan.

SANDAKAN: Polis menafikan gambar tular petang Isnin, yang memaparkan orang ramai berbaris di luar Balai Polis Sandakan mendakwa 800 lebih pemandu kena saman RM1,000 adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata orang ramai yang datang ke Balai Polis Sandakan adalah atas urusan membuat laporan polis dan urusan lain di balai itu.

“Untuk mengelakkan mereka berkumpul di dalam bangunan balai polis, pihaknya telah mengarahkan orang ramai yang berurusan berbaris di luar dengan mengambil kira kepentingan jarak sosial dalam pencegahan wabak COVID-19,” katanya.

Orang ramai berbaris sehingga ke hadapan hotel.

Beliau berkata pada waktu yang sama di mana kebetulan Balai Polis Sandakan sedang dalam proses membuat semburan nyah kuman.

Mohd Azhar meminta individu tertentu agar hentikan penyebaran maklumat palsu Perintah Kawalan Pergerakan seperti ini.

“Pihaknya boleh mengambil tindakan kepada pihak tertentu ini kerana tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat palsu,” katanya.

Beliau memberi amaran agar menghentikan perbuatan penularan berita yang tidak sahih seperti ini.

SumbeR: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *