Abang Posmen Tolong Hantar Ubat Ke Rumah, KKM Tanggung Kos Penghantaran Hingga 30 Jun

Bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Poslaju akan menghantar ubat-ubatan kepada rumah pesakit.

Pesakit yang memerlukan ubat susulan dalam bentuk tablet dan kapsul kini tidak perlu lagi menghadiri fasiliti kesihatan untuk mendapatkan ubat, sebaliknya hanya tunggu ubat-ubatan anda di rumah.

Malah, Kementerian Kesihatan juga akan menampung kos penghantaran ubat kepada anda sehingga 30 Jun ini.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan penghantaran ubat susulan melalui pos.

  1. Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapat rawatan
  2. Pesakit akan didaftarkan jika kriteria dipenuhi
  3. Farmasi akan menyediakan bekalan ubat susulan
  4. Bekalan ubat akan dihantar Poslaju ke rumah pesakit di dalam lingkungan kawasan

SumbeR: BERNAMA

742