Wanita Antara Tiga Ditahan Ingkar PKP, Mengaku Baru Menghisap ‘Batu’

SIPITANG: Tiga individu termasuk seorang wanita yang baru melepaskan gian menghisap dadah syabu ditahan selepas melanggar Perintah Kawalan Pergerakan di dua lokasi berasingan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian pertama pada jam 2.50 petang, ketika petugas keselamatan yang menjalankan sekatan jalan raya Op Covid-19 menahan sebuah kereta jenis Perodua Azla dari Kampung Mendalong ke pekan ini.

“Apabila kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun hendak diperiksa, suspek bertindak memecut dan melarikan diri.

“Usaha menjejakinya akhir berjaya mengesan kereta dan pemandu terbabit di hadapan sebuah pasar raya di daerah ini, jam 6 petang hari yang sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tangkapan kedua membabit seorang lelaki bersama seorang wanita berusia 41dan 34 tahun ditahan dalam sekatan jalan raya di Kampung Merintaman, jam 9.25 malam.

Lelaki bersama seorang wanita ditahan kerana ingkar PKP dan mengaku baru menghisap syabu

“Petugas Op Covid-19 menahan sebuah kereta jenis Toyota Corina Wagon dinaiki kedua-dua individu terbabit kerana dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika ditanya alasan mereka keluar, kedua-duanya memberi alasan tidak munasbah dan anggota polis menahan sebelum membawa suspek ke Balai Polis Sipitang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, siasatan ke atas ketiga-tiga suspek mendapati mereka mengaku baru saja mengambil dadah jenis syabu.

“Siasatan lanjut juga mendapati kedua-dua yang menaiki kereta Toyota Corona Wagon mempunyai rekod kesalahan dadah.

“Ketiga-tiga suspek direman mengikut Seksysn 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Langkah Khas Di Kawasan Tempat Berjangkit) 2020,” katanya. – Berita Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *