PKP: Tiada Bazar Ramadan Di Seluruh Negara

erajaan tetapkan tiada bazar Ramadan di seluruh negara tahun ini. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan tiada bazar Ramadan dibenar beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian PKP di Putrajaya, hari ini.

Keputusan itu dibuat bagi meneruskan usaha membendung penularan wabak COVID-19 yang masih melanda negara dan mengancam kesihatan rakyat.

352