11 Tahanan PTS Manggatal Diberkas Semula, Tujuh Lagi Diburu

Habibi (tengah) menunjukkan wajah tahanan yang masih bebas selepas meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal. FOTO Juwan Riduan

KOTA KINABALU: 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) merusuh dan meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal di sini, semalam.

Bagaimanapun 11 daripada warga Filipina yang terbabit dalam kejadian itu berjaya ditahan semula oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan pengawal PTS berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 3.30 petang apabila 18 tahanan merusuh dalam cubaan meloloskan diri di pusat tahanan berkenaan.

Wajah tahanan yang masih bebas

Habibi berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas lokasi untuk mengepung kawasan pusat tahanan berkenaan.

“Polis mengerahkan semua elemen berkaitan termasuk Unit Anjing Pengesan (K-9), Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan anggota dari Balai Polis Manggatal.

“Hasilnya kita berjaya menahan semula enam suspek iaitu lima ditahan semalam dan seorang suspek ditahan pagi tadi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, seorang pengawal pusat tahanan itu cedera di kepala dan muka dirempuh suspek ketika cuba meloloskan diri.

sini, hari ini.

Menurutnya, operasi menjejaki tujuh lagi suspek yang masih bebas giat dijalankan.

“Semua suspek adalah tangkapan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri dalam operasi baru-baru ini di sekitar Kota Kinabalu.

“Semua suspek warga Filipina termasuk tujuh suspek yang masih bebas berusia 21 hingga 50 tahun. Usaha menjejaki semua mereka sedang giat dijalankan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketujuh-tujuh suspek terbabit diminta tampil ke balai polis berdekatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari tahanan yang sah,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *