Covid-19: Sabah Catat Kematian Ketiga

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kes kematian ketiga berkaitan pandemik COVID-19 hari ini.

Difahamkan, mangsa ketiga berusia lingkungan 60-an itu meninggal dunia kira-kira jam 8. 20 pagi ini di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, dipercayai seorang pesara kerajaan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

“Saya mengesahkan Allahyarham meninggal pada pagi tadi. Itu sahaja maklumat yang ada setakat ini,” katanya melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Terdahulu, mangsa terbaru COVID-19 ini dipercayai berkaitan dengan kluster tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, tempoh hari.

Sebelum ini, Sabah merekodkan dua kes kematian berkaitan COVID-19, pertama di Tawau pada 20 Mac dan kedua di Keningau, pada 5 April.

Pada Khamis, negeri ini mencatatkan 248 kes positif COVID-19 dengan seramai 87 individu dilaporkan telah pulih.

6146